Rabu, 20 April 2011

Sumedang - Cileunyi - Nagrek - Malangbong - Tasikmalaya - Ciamis - Banjar - Majenang

Pagi pertama 14 Mac 2011, kami check-out dari Grand Serela Hotel untuk meneruskan perjalaan. Singgah sebentar di pusat penukaran mata wang. Oleh kerana kaunter belum dibuka (kami orang pertama tiba di kantor ini)... sempat ambil gambar sementara menunggu menukar RM untuk menjadi jutawan rupiah....


Kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di sebuah kedai di daerah Sumedang. Amie minta Pak Dedi belikan ubat batuk ... harganya Rp3,000. Rasa lega sedikit setelah menelan sepaket. Pak dedi juga membelikan kami sebakul Tahu Sumedang. Nak tahu macamana rupanya... ha..cuba tengok di bawah....



Ini dia Tahu Sumedang... makan dengan cili padi, tapi Amie tak makan cilinya....pedassssss....



Tahu Sumedang di jual bersama bakul anyaman. Amie dengan Zana je yang habiskan makanan ni sepanjang perjalanan....... Ada lagi makanan istimewa Pak Dedi belikan kami tau....dari Gedung Kartika Sari. Ha.. pernah dengar Pisang Keju Bollen & Pisang Cokelat Bollen? Mari lihat gambar di bawah ni....



Gambar di atas ni ialah Pisang Cokelat Bollen.



dan juga Pisang Keju Bollen. Penuh bau dalam bas. Masih panas lagi....sedap sangat! Makan sebiji pun terasa kenyang. Dalamnya tu ada potongan pisang..... oleh kerana perjalanan yang sangat panjang, kerja kami ialah makan & tidur selain melihat dan merakam gambar pemandangan di kiri kanan jalan yang kebanyakannya terdiri daripada sawah padi dan rumah-rumah perseorangan. Oh ya... hampirAmie terlupa tentang cara pemanduan mereka di sini... sebenarnya menurut Pak Dedi, tiada saman dikeluarkan sekiranya memandu melebihi had laju, tetapi saman dikeluarkan sekiranya berlaku kemalangan. Jadi masing-masing pemandu sentiasa berhati-hati. Kalau di tempat kita, masing-masing pemandu akan mempertahankan hak atau lorong masing-masing, kalau kemalangan berlaku memang kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang jalan rayalah yang pertama dikemukakan sebagai bukti. Namun berbeza pula dengan keadaan di sini, sekiranya pemadu di bahagian hadapan melihat kita memotong kenderaan, walaupun sangat hampir, mereka tetap memberi jalan dengan memperlahan kenderaan atau  ke tepi jalan.....maknanya masing-masing faham, bertimbang rasa dan ingin selamat. Itu sahajalah kesimpulan yang dapat kami buat.



...melepasi Tol Cileunyi.



.....tanam padi berteres.



....tanaman sayur-sayuran.


....pertanian yang dijalankan masih secara tradisi.

 Bas periwisata terus meninggalkan Gunung Payung, sawah padi yang luas terbentang, memotong pelbagai jenis kenderaan dan akhirny berhenti sebentar untuk kami menunaikan solat zohor di sebuah musolla di Tasikmalaya. Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati keindahan alam....banyak rumpun buluh di kiri kanan jalan. Pak Dedi ramah melayani segala karenah dan pertanyaan kami...dan akhirnya kami memahami maksud bendera merah putih lambang negara republik ini...mudah sekali iaitu merah bermaksud: darahku dan putih: tulangku.... tafsirkanlah sendiri... dan kami terus mara ke hadapan melihat kehidupan tradisi masyarakat di sini, membanting tulang empat kerat di sawah padi. Adakalanya ternampak padi yang sedang menguning, ada pula yang baru ditanam. Ada sawah yang baru habis dituai, mungkin cara penanaman yang tidak sama seperti di tempat kita yang kebanyakannya menggunakan jentera. Di sini mereka masih menanam satu persatu benih padi yang diambil dari tapak semaian. Rasanya semua inci tanah dimanfaatkan untuk penanaman padi kerana di tepi rumah pun penuh dengan tanaman padi, dan seringkali kami lihat adanya kolam ikan berhampiran rumah mereka. Jarak di antara rumah, sawah padi dan jalan raya sangat dekat.....


Setelah lenguh2 kaki tangan & badan duduk berjam-jam dalam bas, kami singgah di Majenang untuk makan tengahari. Eh..eeee sebaik sahaja pintu bas terbuka, datang pula pelayan restoran membawa payung untuk kami.... hujan ke... atau ada apa-apa ni.... Wokey... setakat ini dahulu catatan Amie. Nanti Amie sambung lagi.

Tiada ulasan: